Korang buat apa tuuuu pagi Jumaat ni ;) Hari ni takde kelas and agak bosan. Hiksss. Bosan? Errr tak sangat kot sebab this weekend ada dua exam mid term ;__; matilanakkkkk. Nani tak study apa pun lagi. Busy sangat -_-' Ye lepas update blog ni nani study la hahahaha.
Ermmmm tema this week M A K A N A N. Omnomnom :P laparnyaaa wehhh update pagi2 pasal makanan huhuhu. Makanan? Nak share apa eh? Ohhh makanan yang popular kat Perak mungkin? Hihi. Makanan yang pastinya orang selalu cari bila datang Perak... Eh no no Kuala Kangsar, Perak ialah..... LAKSA! lagi2 CENDOL! Alamakkk terliurnyaaa ;_; (sabar seminggu lg nak balik) sebelum ni laksa yang paling popular kat sana ada macam2 nama kot. Yang nani tau first laksa yang popular is laksa pak ngah. Klasik giteww laaa. Kalau tanya orang2 tua situ la diorang akan bagitahu hihi. But now, laksa yang agak dikenali ialah laksa pokok limau. Haaaa kenapa pokok limau? Sebab mulanya dia meniaga kat bawah pokok limau. hihi. Laksa dia memang daebakkk(ehhh terbaik) kuah pekat gilerrrr hiks. Lepastu ada telur goreng yang besar tu. Penuh satu pinggan hihi. Memang sekarang kalau orang datang Kuale akan tanya la "mana laksa pokok limau tu eh" emmm dekat je dengan rumah kite hihi. Nak datang tempat Labu Sayong pun boleh. Rumah nani je tu hahahaa (promote2)
Okay jap nak share gambar laksa and cendol....
Sedapnyaaaa lahaiiii T____T lapar teruk hahahahaha
And satu lagi yang popular Restoran Tasik Raban. Dulu restoran ni ada kat Lenggong, Perak je tapi yelah bila dah popular kan dia buka lagi banyak cawangan contohnya kat Ipoh and Seri Iskandar.
Kat sini kebanyakannya makanan tengah hari je. Yang paling best ikan bakar cicah kuah asam. Perghhhhh cenggini hahahaha. Wehh lapar lapar :'D Sambal tempoyak, sambal nyo (ehh gini ke eja)
haaaaa tudiaaaaa. Sedap ke tidokkk hahahaha moh ler kita ke Perak wehhh. Makan sedap2 beno :')
Tak sabo nak balik hihihihi :P
Ok bye. Selamat menjamu mata :)










