Sunday, 20 December 2015

Malam Citra Seni UKM

Assalamualaikum. Hi everyone :)


Will miss you guys!

Haaaa hari ni nani nak story sikit apa yg telah terjadi pada malam citra seni ukm pd sabtu yg lepas.... Jeng jeng jeng hahahaha. Malam citra seni ukm tu apa? Malam citra seni ukm ni adalah malam 'exam' untuk pelajar2 yg ambik kursus citra kebudayaan. Uishh senang kan? Haah la senang sangat so jom ramai2 masuk citra kebudayaan next sem ahahahaha. Okay2. Nani masuk citra dikir barat. Berdikir la kitooo kahkahkah, But i main alat muzik je uolls. I main tamborin jeeee, muzik sampingan jeeee hihihihi.
And sorry i sendiri tak tau vip yg datang malam tu. Sbb time vip tu sampai nani tengah busy bersiap hiks. Nak pakai samping la, ape la. Makan masa tauuu. Dah la samping tu ada cara dia nak pakai. And kami boleh g duduk dalam dectar je dulu dgn org lain. Padahal cikgu dikir barat duk tunggu kami dalam bilik bersiap hihihi sorry cikguuuu.
Malam tu banyak gila citra buat show gitewww. Antaranya, tarian india, tarian moden, tarian rakyat, muzik moden, gendang silat, caklempong and etc. Banyak sangat kalau nak dilistkan. But it was an awesome night. Best sangat semua show especially show dikir barat *pls nani pls*
Time show dikir barat tu risau beno kot ada salah time main muzik even alat muzik yg ringan je tp kalau salah tu dengar wooo bunyinya :') but alhamdulillah i have did my best. Mohon A yg cikguuu hahaha. Bye bye see you guys soon!
Ehhh ni post terakhir maybe :') kalau rajin kita update selalu. Kalau tak maybe akan berhabuk je memandangkan kelas semua dah tamat. Wish me luck for exam :') Good luck semuanyaaa!!

Friday, 18 December 2015

Epilog

                         "Semua ini seakan mimpi, setelah 3 tahun berturut2 aku berhempas pulas di sini, akhirnya aku berjaya memperoleh segulung ijazah serta menjadi graduan UKM. Terima kasih ibu abah, pensyarah2, rakan-rakan dan yang sentiasa mendorong untuk meneruskan pembelajaran di UKM. Aku bersyukur Ya Allah.."

Aishhh buat novel pun lepas ni. Hahahahaha. Hmmm okay tu epilog berkesinambungan dari prolog last week. Yelahhh kononnya acah2 dah graduate la kan. Insyallah lepas ni tak acah2 dah. Mesti pastikan akan graduate dgn selamat jugakk. Yehaaaaa hahahaha. Doakan ehhh kawan2. Hmmm act masih dalam delima bila kawan2 tanya nak major apa nanti? Emmm akaun boleh? Hihi tapi malu nak cakap yelah result tak seberapa nanti tak lepas la apa la maluuu jeee. So kita jawab je la tak tahu lagi masih dalam pencarian hahahah padahal nak habis sem 1 sudah. Takpe2 kita tengok je result sem 1 kita macam mana kalau baik kita proceed je la nak akaun. Tp 4 tahun tuuu hikhik akan difikirkan semula. Yg penting sekarang fokus je exam sem 1 ni je dulu yg dah nak start dah tak lamaaa je lagi tapi diri ini tak start study lagi :') cane nak dapat 4 plett :') kalau nanti nak baliklah time study week :') apa lah hahaahaha. Takpeee i can do it. I will make myself proud and for my parents too :') I want to make sure my epilog for the next 3/4 years will become true hihihihihi

Monday, 14 December 2015

How can you define a STRESS?

Assalamualaikum. Hi everyone :)

So what is stress to you guys? For me, stress is when you have a lot of works to do in the same time and have to submit everything :( Huwaaaaaaaa act sesuka hati je define a stress ni kan hahahaha this is my opinion. Hmmmmm salah sendiri jugak act. Suka menangguhkan kerja and buat last minute. Then siapa yg susah? Diri sendiri jugak :'D Baru terhegeh2, terkial2 nak siapkan semua assignment padahal benda dah bagi lama and terlalu malas untuk sentuh lewsss hihihihi. Dan jerawat pun beratur je tumbuh ni. I Hate It! Huwaaaa tak peloles dah muka ni hahahahaha gelinyaaaaa. Tapi serious la sakit ya tuhannnn jerawat ni tumbuh sikit2. Gggrrrr geram je rasa.

So kawan2 kite pesan ni janganlah tangguhkan kerja last2 minute okay? Kalau boleh settlekan la before balik ke cuti ke hiksss nanti diri sendiri yg susah. Rasa macam terbeban je life dkt U padahal orang lain lek2 je. Takde pun masalah gini bagai. Yes!! Kena pandai bahagi masa sendiri okayyy. Kat U ni takde dah orang nak tolong kau nak arah kau buat itu ini. Kalau kau rasa nak buat, buat kalau tak paham2 sendiri je la. Memang nani akui bila masuk U ni terlalu banyak masa senggang akan selalu rasa nak tido jeeeee. Malas benoooooo huhuhuhuhu. I should prepare myself for the upcoming final exam! Heeeeeeee okay dah tu je nak ngadu. Stress dua tiga hari ni u.u

Wednesday, 9 December 2015

Prolog

                         "Dunia ini terasa berhenti. Aku harus membuka mata bahawa aku kini adalah seorang pelajar universiti, bukan lagi berada di sekolah mahupun matrikulasi. Segala yang telah berlaku di sekolah mahupun di matrikulasi hanyalah tinggal kenangan. Kini, aku harus berjuang dengan sendiri di Universiti Kebangsaan Malaysia....."


Fuhhhh prolog dia kemain lagi kan. Hihihihi. Act nak menceritakan sikit tentang life kt U ni. Yepzzzz semua benda kena buat sendiri and so on. Jangan harap lecturer nak kisah kalau kau dapat markah rendah ke, failed ke, haaaaa lantak kat kau la. Usaha sendiri. Tak paham? Jumpa sendiri lecturer tu pun kalau dia ada. Huhuhu. Well said me myself also dunno how to meet lecturer in person hihi. Bukan kata segan ke apa tapi memang la segan sikit2, tapi you know.... Nani seorang yang tak pandai nak bagitau apa yg nani tak paham, kadang kita tanya benda lain orang jawab lain hahaha that's why la. Tapi sebenarnya takleh berterusan macam ni adik2 hakak2. Kalau every sem macam ni matilahhh nakkk. Sampai bila nak berdiam diri kan? Kena berani!!! Haaaa gitu. Insyaallah i will change slowly with my attitude :D Kena berani bertanya nanti sesat jalan kan. Tambah2 nak final dah ni uolls hehehe.

Okay byeee

Monday, 7 December 2015

Interaksi Xtreme-C

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Haaa okay hari ni nani cerita some experience time pergi interaksi sabtu lepas dekat Gunung Angsi Nogori Sembilan. Haaa mesti tertanya-tanya kan apa tu xtreme-c? Xtreme-C ni kelab kebanggaan kolej kami iaitu KUO. Haaa giteww hihi. Well it's not bad kind of interaksi la hahahaha sebab kami pergi pun sabtu. Aktiviti pun just okayyy tak terlalu berat and yg paling penting asyik makan jeeee even kena masak sendiri well it's okay nama pun camping kan hihihi.
Experience yang paling best petang sabtu tu hujan kemain lebat, can u guys imagine what happen to us. Banyak khemah yg banjir :') Hahahahaha but alhamdulillah khemah kitorang takde la banjir sangat tapi air masuk sikit2 je. Beg pun still lagi boleh diselamatkan. At last kami semua berkampung kat astaka yg ada kat situ. Hihihi rasa macam mangsa banjir plak pindah2 barang and kumpul kat satu tempat :D

The next day, hari ahad tu pulak ada aktiviti acah2 xtreme gituuu hahahaha kena panjat tali la, merangkak kat lumpur pun ada hahahaa. Best act tapi tu la sekarang ni tengah sakit benoo badannya hahahaha. Tak tipu nak menaip ni pun memerlukan kegagahan yg maksimum :'D
Part paling best kami dapat mandi sungai yayyy dah lama tak mandi sungai sejuk2 lepas tu terus makan lol. Hihi. And alhamdulillah kami selamat pulang ke UKM ;) Byeee!

gambar ramai2 tak dapat lagi so sis lanje gambar girls only k! :D

Friday, 4 December 2015

N O H A T E!

Assalamualaikum. Hi everyone :)



Tema blog minggu ni akronim nama sendiri la. Hahahahaha and memandangkan nama nani akronimnya N H so i choose to write about No Hate Please! Hahahaha. Jangan kecam saya :p

Apa gunanya ada kebencian dalam diri kita ini. Hidup tak akan pernah gembira. Percayalah kebencian tu akan menjadi satu titik hitam yang boleh menghitamkan lagi hidup kita nati lewssss kemain ceramah. Hihihihi. Tapi memang betul pun apa yg nani cuba sampaikan ni. Buat apa nak benci orang kan? Kalau memang besar sangat kesalahan dia kat kita cuba lah memaafkan. He/She has their own reason to act like that. Korang tahu ke apa problem yg dia lalui? Memang la korang akan cakap 'alaaa problem dia takyah la libatkan orang lain'.. Kan?? Tapi tu la siapa la kita yg nak lari drpd problem. Cuba korang kt tempat yg buat salah tu. Maybe boleh rasa kan.
Nani pernah jumpa macam2 jenis orang. Kawan baik sendiri yg menyepi sampai kita whatsapp pun tak reply berbulan2 lamanya hahahaha sadis en tapi tu la kebenaran!!! Haahhhh gituuu.
At first memang rasa macam benci menyampah semua la tapi bila pikir2 balik.... For what aku sibuk pikir tentang orang kan? Suka dia la nak buat apa pun. Sampai masa diorang sendiri datang cari kita balik :)) Trust me! I have been in that situation before... Huhuhu. So, NO HATE PLEASE! Hihi
Bye :)

Sunday, 29 November 2015

Hello back UKM

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Phewwww lepas balik rumah 2 3 hari ni rasa lega sikit hati ni. Tak fikir sangat pasal assignment sebab dah settle awal2 hihi tapi tu la assignment yg akan datang ni pun tak tahu macam mana. After this will be busy with the presentation and so on. Then….. final dah! Huhuhu wehhh kejapnya rasa dah nak habis sem 1 :’D Rasa macam baru je masuk semalam hiks.


So kena well prepared with the upcoming presentation. Emm kena kumpul semangat banyak2 ni while still at home kahh! Mintak restu ibu bapa dulu untuk dipermudahkan. Ewahhh macam nak kawin je sembang ni hahahaha. Yelaaaa kena mintak restu elok2. Rasanya time study week memang tak akan balik kot. Sebab exam banyak yg straight je. Takde gap sangat. 29/12,30/12,5/1,6/1,7/1,15/1 haaaaaa ko rase? Banyak ke gap tu? Hahahaha . Kena study smart ;D Insyaallah. Okay nak balik UKM balik dah sobs sobs byeeee :’)

Friday, 27 November 2015

* F R U I T

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Woots! Haaaa paham ke tidok dengan tajuk minggu ni :'D okay memandangkan tajuk kali ni pilih sendiri abjad kononnya tapi disebabkan nani lambat so kena la pilih selain abjad and I end up with *, which everyone called it 'star' right? Hiks. So * nani kt sini, nani kaitkan dengan star fruit hehehehe
Kisah apa kan janji dua perkataan. Yeke tidok hehehe.

So siapa suka makan star fruit?!!! Atau lebih dikenali dengan buah belimbing :p emmm dapnyeee kalau dapat yg macam manis2 sikit ke kalau masam2 tu makan dengan garam perghhhh cenggini noksss hahahhahaha. Wehhh sedapnya kalau dapat. Dah la rasa macam nak kudap2 ni :')
Act nani takde la suka buah ni je. Semua buah nani makan hiks. Dapnyeee wehhh dapat mana2 buah krohkroh. Weh jap ada yg tak tau star fruit?!!! Belimbing?!! Hahahahaha nahhh kita bg gambar



Tudiaaaaaa buah belimbing a.k.a star fruit hakak2 habang2 hahahahaha. Emmmmm okay la since kita ada kat rumah ni jom la cari buah apa yg kita boleh makan ke hihihihi bye :p

Monday, 23 November 2015

Sakit gigi

Assalamualaikum. Hi everyone :)


Okayyy memang hectic week sangat2 minggu ni. I don’t know why. Maybe bagi nani je kot sebab nani bertungkus-lumus nak siapkan assignment before balik minggu ni hihihi. Alaaaa bukan saja2 nak balik. Ada hal penting :p Hmmmm okay apa tetiba sakit gigi ni kan? Hihi
Act nani memang tengah sakit gigi ni. Sakit yg teramat sangat T_T Memang sebulan sekali akan muncul sakit ni huhu. Rasa nak pegi je cabut gigi ni haaa. Sbb kakak nani dah pegi cabut and doc cakap sakit ni gigi yang paling belakang sekali. Orang kata takleh tinggi dah? Haha whatever. Cukup tinggi dah :’) Okay sambung doc cakap sakit ni sebab gigi yg dah tumbuh sikit kat belakang tu, ada lagi gigi yang nak tumbuh. So gigi yg baru sangat nak tumbuh tu menolak gigi yg dah sedia tumbuh dulu. Ada paham? Hahahaha sbb tu la every month selalu sangat sakit T_T. Gusi bengak pipi pun bengkak sikit. Nak pegi cabut gigi tapi tarak masaaa wiwiwiwi ;_;

Okay. Nak layankan gigi nani ni kejap hihi byeee

Saturday, 21 November 2015

E M O S I

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Uish emosi sesaja kan semua orang. Hahahaha siapa yg takde emosi. Memang semua orang ada emosi. Just depend on that person je, Kalau dia beremosi sangat dia akan marah semua orang tiba2 tu jugak. Huhuhu same goes to me la this week entah kenapa emosi takleh kawal sangat. Homesick ke? Sikit la. Tu la pasal takleh sebenarnya balik rumah lama2 ni. Jadi nak balik je selalu hahahahaha.
Macam mana nani beremosi? Haaaa kadang nani rasa nak nangis je tiba2 even takde benda pun yg jadi tapi tu la tiba2 rasa nak nangis :p Tak boleh la duduk sorang2 takde kawan teman dalam bilik :')
Mesti rasa nak menitis je air mata dengan hadap assignment lagi, exam lagi huhuhu. Confirm nangis!
Gggrrrr teruk nau kannn. Lek ahhh dah besar kot hahahaha. Lantak ah nani memang jenis macam kadang orang nak marah sikit pun rasa nak nangis even orang tu takde la pukul kita ke ape ;__;
wiwiwiwiwi hihihihi okay la. Jgn emosi sangat tau! Bye

Sunday, 15 November 2015

Continue my life as a STUDENT back!

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Wahhh panjang nauuu tajuk kita harini hahahahaha. Takde benda sangat pun. Cuma nak cakap cuti sudah habis bro! And i'm here again, in UKM, Bangi, continue my life as a student back. Hmmm miss home already. Ihiksss. Bila dah cuti lama tu memang liat la nak balik kampus ni. Kadang memang rasa nak duduk je kat rumah :') Tak nak keluar2. Tapi bila pikir balik apa tujuan belajar selama ni??!! Haaaaa sis marah ni :P
We should have remember our 'nawaitu'. What we have promises to Allah, to our parents and to the lecturers. Semua orang nak tengok kita berjaya. Tak kisah la berjaya daripada segi apa yang penting IKHLAS okay?! Banyakkan cuba benda baru yang tak pernah kita belajar, teroka semua benda yang tak pernah kita jumpa. Insyaallah sekali kita ikhlas, Allah akan tolong kita :)

Ehh nak cerita apa sebenarnya ni? Huhu. Act nak bagitau je. Malas macam mana pun rasa nak balik ke sini (ukm) ingatlah penat lelah orang tua kita. Hihi *pesan kat diri sendiri sebab diri sendiri yang malas nak mateyyy* 
Takpeee sikit je lagi nak habis untuk sem ni. Penat sekarang je untuk belajar. Nanti bila dah kerja insyaallah semua benda jadi mudah! Selagi boleh study, selagi boleh pulun kita pulun. Mid term exam ada satu je lagi tak complete iaitu Statistik. Lepas tu fokus pembentangan and final.
Chaiyokkk nani! Gambateeeee. Bye :D

Friday, 13 November 2015

C U T I

Assalamualaikum :) Hi everyone..

Haaaa amacam cuti midsem seminggu ni? Best ke? Hmmm nani? Not bad. Best la jugak cuti kali ni even duduk rumah je. Hewhew yelaaaa mak tengah tak sihat kan so kena jaga mak kat rumah. Nak g jalan2 pun mak tak larat. Hihi.
Errr so cuti seminggu ni. Assignment dah siap ke? Hiks. Nani? Sure laaaa tak siap. Sebab tak faham kena buat apa lagi2 tugasan sir bagi :p gurau2 huhu
Kalau dah balik rumah ni memang takde la nak sentuh assignment. Sebab baru je nak bukak buku mak dah panggil. Hehehehe. Baru je nak bukak buku cerita Tuan Anas Mikael dah start. LOL! :P
So how you guys punya cuti? Mesti gempak en. Yelah mesti ada yang pergi bercuti sana sini. Ada yang pergi pantai la, waterpark la and so on. Ye ke tidok? Jangan tipu! Sebab jenuh dah tengok gambar kawan2 post sana sini pergi holiday dengan kawan2 n family ^_^ Nani takde rezeki lagi nak g jalan2. Tunggu next cuti pulak kita ke mana ye ;)

Okay bye! Cuti2 jugak assignment sentuh sikit tau :p

Saturday, 7 November 2015

"Eeee dah la besar"

Assalamualaikum :) Hi everyone...

Today i'm gonna share you about my feelings ;__;
Apa perasaan korang bila orang kata kau gemuk? Besar?
Sedih bukan? Huks.... I have one kind of friend yang sesuka hati dia je nak kata orang besar la gemuk la T_T daripada sekolah and till now I have that kind of friend. Kadang macam annoying sikit. Eh tak, banyak! Hahahaha. Sekali-sekala tu takpe la maybe bergurau but bila dah selalu tu.... "Ko pernah makan tapak kasut aku?" hahahaha.

Please respect the others feeling tho. Kau manusia aku pun manusia. Mentang la badan kau kecik comey lotey, sesuka je kan nak kata orang besar???!!! *marah ni marah* maybe aku jenis tak tunjuk yang aku actually terasa dengan kau. Tapi please have that kind of hormat la kan. Faham tak maksud hormat? Hmmmm. I know i'm a bit tough hohohoho kalau nak bandingkan dengan gadis2 luar sana. Huhuhuhu. Ingat aku tak teringin ke nak pakai cantik2? Hipster kononnya macam orang lain? Teringin tau.... Aku pun perempuan. Kasar macam mana sekalipun.... I'm still a daddy's little girl hiks. Kadang merungut kat kakak 'kenapa lah kita takleh pakai macam dorang kan' 'cantik je dorang pakai macam tu, kalau kita?' hahahaha tapi kakak selalu kata takpe la. Allah nak suruh kita tutup aurat betul2 tu. Hihihihi (tarbiah sentap sebentar) 

Tapi tapi! Nani dalam proses kuruskan badan tau. Tolong support sikit hahahahaha. But i'm glad I have one kind of friend yang bila mengadu 'wehh dia kata nani gemuk' and dia akan reply 'laaaa, semua orang ada jenis badan masing2, kau memang macam ni. Semua orang tak sama' Haihhh syukur ada kawan yg positive minded macam ni! :D
Sorry emo ciked luahan perasaan ni. Just nak remind don't you ever call a girl fat bcs she will remind it forever muahahahaha. Ok bye!

to those who called me fat

Wednesday, 4 November 2015

N A F S U

Assalamualaikum :) Hi everyone...

Awww tajuk minggu ni. Kemain pasal nafsu kan? Hahahahaha. Aippp! Kita nak kongsi pasal nafsu.... makan je :p Haihh siapa la takde nafsu makan kan? Kecuali orang yang sakit yg selalu takde nafsu makan. Tapi nani even sakit macam mana pun nafsu makan tetap ada :(
Macam mana nak kurus entah hahahaha kadang suka sikit tengok orang bila sakit je kurus bila sakit je kurus tapi nani? Emmmmmmm....

Em okay. Nafsu makan? Siapa yg lagi takde duit lagi dia nak makan banyak? (saya saya) hahahahaha. Duhhh ni sungguh masalah T___T Dah la duit tengah kopak sekarang. Lagi2 hujung bulan and awal bulan dah kan :') Makan je la apa yg ada dalam bilik. Tapi bila kawan2 ajak pegi makan emmmm susah nak tolak. Dah la diorang siap makan sizzling mee la apa la. Maunya nak tolak hahahahaha iyeee kan aje la :P Lepas tu, sekarang ni kan tengah musim konvo. So kat pesta konvo banyak nooo makanan nya T_T lagi lah nafsu ku bergolak hahahahahahahaha. Takleh tak pandang makanan, air mangga lagi, coconut shake T_T sis redha duit sis habis kt makanan hahaha. Sungguh nani tak sempat pun nak pegi shopping ke ape macam orang lain coz i love foods more than shirts wahhh gitewwww ;__;

"Wehhh gemuk la kau makan banyak2 ni"




Hmmm lama lagi nampaknya duduk kat bangi ni. So nanti kita jadi food hunter hokayyyyyy hehehehehehehehe :PP Bye!

Monday, 2 November 2015

Ibu, wait for me to come home!

Assalamualaikum :) Hi everyone....

Last two weeks, my mom was being admitted into the hospital :( I was too shocked! Darah rendah sebab banyak pendarahan. That's why kena tahan kat wad. Hmmmmm nak balik. Tapi ibu tak bagi. Sebab ibu kena tahan wad hari ahad and nani ada kelas esoknya. Ibu kata takpe, fokus je kelas tu dulu. Nani pun okay kan je la. Seriously my mood bercampur baur. Kadang rasa nak marah orang yg tetiba nak sergah. Kadang rasa nak menangis je setiap hari :') Iolls taaaa kuat. Never seperate with ibu till i went to matrics. And now nani jauh dengan ibu lagi :( Nasib baik ada abah and kakak dekat rumah. Takde la ibu sunyi sangat. Kalau dulu semua anak jauh2. Thank you kakak! Hihi

After a week. ibu boleh 'check-out' dah dari hospital. Banyak kali jugak minta maaf kat ibu sebab tak boleh ada dekat dengan ibu time2 macam ni :( Nak balik last week. Ada exam pulak! :((
Get well soon ibu! :)
And again ibu kata takpee fokus exam dulu, abah dengan kakak ada ni boleh tengokkan ibu. Hmmm nak nangis rasa. Harini, 2 Nov ibu kena operate. Ibu kata tak tahan sangat sakit ni. Takleh berjalan lama. Gerak sangat pun tak boleh. Sungguh! Rasa nak duduk kat ibu time2 macam ni. Tapi apa boleh buat. Tak berapa mampu sangat nak ulang alik balik rumah. Perak pulak tu. It takes 3-4 hours kalau nak balik. Hanya mampu kirimkan doa je dari jauh ni. Rindu ibu sangat :( And alhamdulillah, ibu masuk operate pukul 12.30 tadi and keluar pukul 4. Terima kasih ya Allah. Semuanya selamat :)
Takpe nani, sabarrrrrr. Dis week balik! Cuti midsem pulak kan :'D

Sorry kena baca kisah sedih sikit hari ni. Minta doakan ibu nani cepat sembuh semuaaa.
Thank you :)


Friday, 30 October 2015

M A K A N A N

Assalamualaikum. Hi everyone :)

Korang buat apa tuuuu pagi Jumaat ni ;) Hari ni takde kelas and agak bosan. Hiksss. Bosan? Errr tak sangat kot sebab this weekend ada dua exam mid term ;__; matilanakkkkk. Nani tak study apa pun lagi. Busy sangat -_-' Ye lepas update blog ni nani study la hahahaha.

Ermmmm tema this week M A K A N A N. Omnomnom :P laparnyaaa wehhh update pagi2 pasal makanan huhuhu. Makanan? Nak share apa eh? Ohhh makanan yang popular kat Perak mungkin? Hihi. Makanan yang pastinya orang selalu cari bila datang Perak... Eh no no Kuala Kangsar, Perak ialah..... LAKSA! lagi2 CENDOL! Alamakkk terliurnyaaa ;_; (sabar seminggu lg nak balik) sebelum ni laksa yang paling popular kat sana ada macam2 nama kot. Yang nani tau first laksa yang popular is laksa pak ngah. Klasik giteww laaa. Kalau tanya orang2 tua situ la diorang akan bagitahu hihi. But now, laksa yang agak dikenali ialah laksa pokok limau. Haaaa kenapa pokok limau? Sebab mulanya dia meniaga kat bawah pokok limau. hihi. Laksa dia memang daebakkk(ehhh terbaik) kuah pekat gilerrrr hiks. Lepastu ada telur goreng yang besar tu. Penuh satu pinggan hihi. Memang sekarang kalau orang datang Kuale akan tanya la "mana laksa pokok limau tu eh" emmm dekat je dengan rumah kite hihi. Nak datang tempat Labu Sayong pun boleh. Rumah nani je tu hahahaa (promote2) 
Okay jap nak share gambar laksa and cendol....


 


Sedapnyaaaa lahaiiii T____T lapar teruk hahahahaha
And satu lagi yang popular Restoran Tasik Raban. Dulu restoran ni ada kat Lenggong, Perak je tapi yelah bila dah popular kan dia buka lagi banyak cawangan contohnya kat Ipoh and Seri Iskandar.
Kat sini kebanyakannya makanan tengah hari je. Yang paling best ikan bakar cicah kuah asam. Perghhhhh cenggini hahahaha. Wehh lapar lapar :'D Sambal tempoyak, sambal nyo (ehh gini ke eja) 


haaaaa tudiaaaaa. Sedap ke tidokkk hahahaha moh ler kita ke Perak wehhh. Makan sedap2 beno :')
Tak sabo nak balik hihihihi :P
Ok bye. Selamat menjamu mata :)

Sunday, 25 October 2015

Sukem 2.0

Assalamualaikum. Hi everyone :)
So this week nak kongsi tentang sukem untuk minggu kedua.......

Nani join netball and tenis uolls hahahaha lol. Hmmm sampai injured la kaki and sampai ada orang cakap nani jalan macam orang mengandung. Haihhhh ;___;
First netball game dgn KPZ. Disebabkan nak kejarkan netball and tenis so sampai kat court netball pun dah habis first half T_T second half masuk tak dapat kejar dah mata. Kalah 12-2. Hahahahahaha
Okay takpe2 next game lawan dengan KAB. Tough game okay. Even kalah but enjoy second game 9-4 :')

Lepas habis netball terus shoot ke danau nak main tenis. Nani main double wanita. Alhamdulillah kalah jugak hahahahahaha tapi not bad kami first time main tenis kot. First time pegang raket tenis tu but perform la jugak :P
Kami main as a team, lelaki single, lelaki double and wanita double. Lelaki dua2 game menang and kami mara ke semi final. No 3 dalam tangan gitewww. Kahhh! And for sureeeeee muka burn teruk. Tak nak keluar bilik :'D even takde la putih sangat tapi terlampau hitam ni hahahahahaha.
Hari ni kami sepatutnya main lagi tapi disebabkan sorang lelaki injured so kpz menang tanpa bertanding huhuhuhu but it was a great moment. Dapat main sport yang tak pernah nak try even dulu ayah main je tenis :P
Team tenis KUO

So hari ni berakhirlah segalanyaaaaa. Sebagai AJK Sukem and sebagainya. Btw KUO masuk final bola. Support support support. Eh? Hahaha. Ok byeeee.

Thursday, 22 October 2015

S E S A L

Assalamualaikum. Hi everyone :))

Tajuk minggu ni... SESAL! Huwaaaaa sesal? Nak cerita apa tentang sesal ni. Sesal mendua? Ehh? Hahahahaha. Okay sesal. Hmmm menyesal eh? Bak kata Sir minggu lab test...... "menyesalnyaa aku tak study lab test" "menyesalnya aku tak fokus time sir ajar" wuuu sikit la deepnya ayat sir tu hahahaha. Sbb sangkut sikit la time buat lab test tu huhuhuhu.

Sesal lain? Sesal sebab kadang tak buat assignment awal2 ;__; suka sangat buat last2 minit hiksss normal lah kan as a student life. Tapi tu la bila dah buat last2 minit memang menyesal tahap max :'D Malam tu baru kelam kabut nak siapkan semua benda lepas tu pergi kelas dengan mata yang tak cukup tidur huhu.

Sesal lagi...... Sesal sebab kadang tak perform dalam kuiz. Even it is just carry mark but it still important right. Hmmmm kadang nak kuiz pagi tu baru nani study :( Lepastu time kuiz terkontang-kanting sebab tak habis baca kan huhuhuhu iolls sangat menyesal :'D

Okay i'm done with my SESAL. Hiks see you guys next time with the next theme ;) Byeee

Saturday, 17 October 2015

SUKEM 1.0

Assalamualaikum. Hi! J

Hmmm tajuk cliché je rasa hahahaha. So harini  17 Oktober 2015 bermulalah Sukan UKM atau lebih dikenali sebagai SUKEM! Hihi. As a secretariat sukan busy sikit la ehhh bukan sikit banyakkkk n letih wehhh >.< Malam semalam kena basuh banyak barang sediakan barang nak masak air n so on. Phewwww dalam pukul 1 lebih jugak la baru balik bilik T___T

Esoknya pukul 6.45 pagi dah kena turun. Tapi nani jd player harini. Player bola tampar hihihihi so as a player boleh nak turun lewat sikit :p So ambik masa sikit tido lebih 5 minit daripada orang lain hahaha harapan laaaaa sbb semua barang tak ready lg untuk game :’D terpaksa bangun awal jugak. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu bertolak ke padang UKM bersedia untuk beraksi! Huhuhu kitorang game yang kelima. So ada masa sikit nak touch up lagi. First game lawan dgn Kolej Pendeta Zaaba. Takde la hebat sangat opponent kami tu tapi banyak chemistry between them. Ohhh btw nani dari Kolej Ungku Omar hiks and kami tak selalu main kt court and act ramai lagi tak dapat tangkap macam mana feel dia main kt court so……… sbb tu kami kalah kot? Kahkah first game 30-16 (not bad aite) :P Second game pulak kami lawan dengan Kolej Tun Syed Nasir uishhhh kolej ni jangan cakap laaa hebat2 nauuuu. Ramai chinese. Faham je la kan chinese bila main bola tampar ni spike sana spike sini hahaha tapi kami mula dah dpt rentak permainan tu sikit2 tapi semuanya DAH terlambat. Kami tewas juaaa akhirnya dengan mata 30-12 :’D Jadi semua pun sibuk pergi tengok game2 lain huhu while me balik kolej mandi and sambung tolong kerja apa yg patut kat bilik MEP :’)

My team for today :)



Emmm that’s all for my SUKEM 1.0!

Thursday, 15 October 2015

BEBAN

Assalamualaikum. Hi! :)
Let’s talk about BEBAN today….
First beban yg nani kena tanggung sekarang, bagi nani la kan ialah….Belajar! hahahahaha. Memang tak susah pun belajar sebenarnya tapi bg nani benda ni tetap beban. Bukan nani kata nani tak suka belajar but beban belajar kat sini is when I have to reach the target…. The highest one. Like be the one of the dean list? Insyaallah. Kalau ada rezeki akan ku buktikan hihi sometime rasa stress nak mateyyyy huhu sbb assignment yang banyak (takde la banyak sangat pun) tp disebabkan nani terlampau aktif so benda tu jadi satu beban pulak hahahaha act benda tu takde apa pun just tengah nak menyesuaikan diri untuk bahagikan masa dengan betul. So it’s kind of my first BEBAN!


Second, beban yang nani tengah tanggung sekarang ialah dalam menjaga hati both of my parents. Kenapa benda ni jd kind of beban? Sebab kadang2 nani rasa bersalah sangat tak call hari2. Act parents nani pun tak kisah. Tapi nani yg rasa bersalah sbb nani rasa macam dah mengabaikan diorang. Wah gitu :’D padahal benda kecik je pun hihi and as a daughter selalu call mak je la kan. Eh yeke? Kalau son pun sama kot hahahaha jarang kan nak on the phone dgn ayah even nani rapat dengan ayah. Selalu on call pun through my mom’s phone lol sangat kan. Kadang ayah macam merajuk pun ada (yelaaaa abah ni sape la kan adik nak call) huhuhuhuhu and benda tu la yg menjadi beban sebenarnya sbb rasa bersalah kalau ayah dah merajuk :D  but I will try my best to win my parents heart haaaaaa gitewww kan hiks. Appreciate them while they are still here with us :’)
*HUWAAA NAK BALIK DAH LAMA TAK BALIK* ;_____;


Monday, 12 October 2015

You Can Call Me....

Assalamualaikum :) Hi!

Hmmmm tengok tajuk macam acah2 novel kan hiks 
Act nak kongsi nama/panggilan yg orang selalu panggil je bukan apa pun.
So my name is NUR HANANI, i used to be called NANI. I repeat NANI! hahahaha
bukan HANA, HANI or apa2 je la yg boleh masuk dengan nama nani tu haaa haha. Lews, kenapa kena panggil nani? Okay first, nama tu nampak rock sikit. Sikit je la. I think it's suitable for my appearance. Ecehh yeke? Ye laaaaa. Semua orang kata muka nani nampak garang T_T yes i admit it huhu and that's why i asked people to call me NANI instead of HANA or HANI .____.

Kenapa tak boleh panggil HANA? Sebab saya geli T____T rasanya macam girlish sangat la dengan nama tu hihi. Lagipun memang daripada kecik orang semua panggil nani nani nani and suddenly dah besar panjang orang panggil dengan nama lain. Engko rasa? hahahahaha. Hm tak salah pun nak panggil Hana tapi...... fikir dua tiga kali dulu eh :p Kalau nak panggil sangat panggil lah nama penuh saya iaitu Hanani :))




Wait! One more thing. Mana datangnya Hani? I also don't know leyyy hahahaha
Yg panggil Hani ni sesuka hati je combine terus nama depan and belakang sekali ,__,
So lepas ni panggil Nani je okay? Hihi :p



Saturday, 10 October 2015

10.10

10.10
It's quite a strange theme for this week :3
Nevermind, i will just write and post it hihi
Oh btw Assalamualaikum and hi! Hectic week wehhh this week T.T So many tasks and things to do..
Siapa suruh aktif sangat kan. Padan muka :'DD
Okay so what's up with 10.10? Sempena harini adalah hari sukan negara yang jatuh pd tanggal 10.10 hohoho so sy bersukan pagi ni kahhh! You know what nani main tenis pagi ni hahahaha tak pernah2 kot main tenis, nak pegang raket pun tak berkesempatan lagi hehehe
Tapi alhamdulillah, it's quite interesting. You guys should try! Hahahaha. Before this selalu main netball and volleyball je tapi saje la nak test tenis pulak and insyaallah kalau ada rezeki masuk sukem la kite hikssss. 

10.10
Today is also my opah's birthday!!!! Happy birthday mak (nani panggil opah dengan panggilan mak) even mak takleh nak baca ni but nak tulis gak tak kira sbb tengah takde idea nak tulis apa tentang tema ni hahahahahaha. Semoga panjang umur dan selalu dimurahkan rezeki. Thanks bcs being a great mother to your children and great grandmother to your grandchildren :) Semua yg tengok gambar opah n atuk nani semua akan cakap..... mudanyaaaa opah huhu. Syukur sebab masih dapat merasa mempunyai atuk n opah.


10.10
That's all for my 10.10 for today hihi bye :)

Sunday, 4 October 2015

Memories in KMP

Assalamualaikum :) Hi hi! Harini punya post nak share sikit tentang kenangan time kat Kolej Matrikulasi Perlis dulu atau lebih dikenali dengan KMP :)

Dulu first time dapat rasa macam excited gila sebab dapat jauh dengan family*teruknya* hahahaha bukan apa orang tak pernah jauh dari family kan so bila dapat merasa jauh tu rasa macam uishhh tak terasa la hihihihi. Tapi tu la bila minggu orientasi yg macam....hm..... hahahaha mulalah menangis kemain lg seminggu. Bila call mak je mesti sokseksoksek huhu.
Tapi tetap bertahan sbb tahu seminggu lepas orientasi balik seminggu sebab ada sukma kot and diorang tumpang matrik kami hihi. Orang2 yang pertama iolls jumpa mestilah rumet kan ;)

rumet yg paling gila masyaallah


Haaaa tu la rumet yg paling iolls rindui huhu. Act ada 6 orang tp sorang pindah time sem2. Diorang lah yang layan nani mcm adik kat sana even yg paling besar kahkahkah. Yg selalu support each other bila ada masalah T_T rindunyaaaaa huhuhuhu. Take care korang yg kt UM, UteM and UTM :')




Okay ni pulak my favorite girls in class hihi. Kalau takde salah sorang ni mcm tak complete hidup gua di kelas haaa giteww :p Sorang di UM, sorang di UUM and sorang lagi di Unikl... (and Ateng Ganuu yg di Unisza tu rindu gop tahu!)


Last but not least.... my volleyball team! Yuhuuuu ni paling rindu kot. Eh yeke? haha. Sebab ni la paling gila paling kuat mencarut T_T teruk nauuu hahahaha gila2 diorang pun tp still boleh buat kawan :') Time pegi Kakom memang sangat happening dengan diorang even tak menang pun hahaha

Thank you for the memories dearies! I'm sure we are gonna meet soon!
Love, Hananinsr xoxo




Saturday, 3 October 2015

M E N T O R!

Assalamualaikum :) salam sejahtera to non muslim..

Okay tajuk kita minggu adalah... MENTOR!
yuhuuu bukan mentor dalam tv3 tu tau hahahaha tak minat pun tengok (even minat gak menyanyi :p)
Mentor yg nani nak share kat sini adalah mentor... pernah terlibat dengan program mentor-mentee kat sekolah ke kat kolej or kat universiti sekarang pun ada kan? hikss. So tu la mentor yang nani nak share seakarang ni.
Mentor yang nani faham ialah seorang penasihat or yang boleh bantu kita dalam memotivasikan diri.
Ala2 kaunselor ke? Tak kot sebab kaunselor tu macam mendalam sangat  maksud dia :D

Mentor nani sepanjang zaman dunia wal akhirah. wahhhhh hahahaha ialah my parents :)
My super duper parents huhu so kita share sikit gambar parents





Haa tu la ibu abah kita. Nani rasa dioranglah mentor nani yang paling rapat setakat ni. Even ada je mentor lain tapi ibu bapa ni lain sikit kan, diorang je yang faham isi hati kita yg sebenar haaa giteww hihi. My parents selalu bg nasihat even in any situation. Contohnya time mula2 dulu nak masuk matriks, banyak kali tanya soalan yg sama "betul ke keputusan ni..ibu abah rasa nani boleh buat tak..nanti kalau tak lulus kena tendang" and something like that hahahaha serious dulu tak percaya dgn diri sendiri and sampailah my dad cakap "nak cepat habis belajar ke tak? nak masuk belajar sebab nak main2 ke nak fokus? kalau rasa betul2 nak belajar masuk je la matriks tu, setahun je" heeeeeee. That's my dad :P Even sebenarnya sama je kalau nak masuk mana2 kan tp kat matriks ni nani rasa sangat bagus sbb bagi nani kat sini la nani memang betul2 belajar betul2 kenal erti penat lelah belajar :'D Ehh macam dah terlari tajuk :))

Hmmm so ni je la kot nani nak share tentang mentor. See you guys soon ;)

Sunday, 27 September 2015

O B S E S !



Assalamualaikum, Hi! So harini nak share something about O B S E S! Haaaaa apa yang korang faham tentang obses ni? Apa yang nani boleh terangkan. Obses ni ialah apabila kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu. Obses ni bagi nani seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.

Obses ni juga kadang2 boleh menjadi penyakit kepada diri kita sendiri tau. Contohnya, seseorang tu terlalu mengagungkan something yang luar dari jangkaan. Bukan ke dia akan cuba untuk mendapatkan benda tu kalau dia memang betul2 obses. Boleh timbul pula penyakit 'gila' nanti. Bahaya ni bahaya.....

Macam dalam kehidupan kita sekarang ni. Teenagers especially girls yang terlalu obses dengan kpop. Yes I admit memang nani pun minat la juga korea tapi dalam certain2 benda je contohnya runningman and drama yang sepatutnya je :p tapi girls nowadays lekat gambar keliling bilik dengan 'oppa' diorang hahahaha bukan nak cakap apa lah kan but kenyataan. Kalau dekat fb ke twitter ke semua penuh dengan gambar 'oppa2' kpop diorang je. But a few of them je la. Not everyone *peace*
Ada kes2 yang terbaru ni, Artis2 kpop datang Malaysia and diorang panggil peminat diorang naik atas pentas, disuruh buat something macam 'berpeluk' dengan diorang and what are their responds? Suka terlampau okay!! Hahaha. Bukan nak kata apa tapi disebabkan terlalu obses yang membuatkan gadis2 sekarang kurang rasa malu (tuju kat diri sendiri jugak) dan maruah pun campak kat mana je kan. Saya bercakap sebagai seorang perempuan :) Kadang2 saya pun suka hati je gelak tak ingat dunia! Hiksss. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri :)

So itu je yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan obses. Jangan terlalu obses ya girls! No heart feelings okay :)
Annyeong!!

Friday, 25 September 2015

Introduction session?




Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas setakat ni :)
Lama sangat dah tak tulis kat blog. Pernah ada blog tapi dalam 4 tahun dulu kot? Hihi

Sebenarnya post ni untuk perkenalkan diri.
Nama diberi Nur Hanani binti Mohd Nasir. Alhamdulillah pada 8 Julai haritu dah officially 19 :)
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Anak kampung je hihi. Dibesarkan dalam keluarga sederhana. Masih mempunyai ibu bapa iaitu Mohd Nasir bin Ismail (52 tahun) bekerja sendiri dan Sazilah binti Mohd Yusof (47 tahun) seorang suri rumah. Saya ada 3 orang adik beradik, yang pertama kakak Nurhanis binti Mohd Nasir (24 tahun) yang sedang bekerja, abang Muhamad Hafiz bin Mohd Nasir (21 tahun) yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan  di UiTM Shah Alam ((i'm really glad to have them as my family)) dan saya si bongsu yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (tercintaaaa hihi)

family love

Saya sebelum ni belajar di Kolej Matrikulasi Perlis (the best matriculation ever kot?) sebab kat sanalah matrik yang paling kecil, lecturer semua best (even panggil cikgu) and makanan semua murah-murah. Bayangkan nasi dan ayam cuma RM 2.50 je. Mana nak jumpa dah sekarang ni kan. Hahaha. Kat matrik la saya belajar macam mana cara nak uruskan masa dengan betul. Sebelum ni saya belajar ikut suka hati je tu sebab dapat 3A je masa SPM dulu :p tapi alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya, usaha saya, saya dapatlah cgpa 3.76 sebelum saya masuk ke ukm. Tak sangka sebenarnya saya dapat juga masuk ukm sebab daripada apa yang saya dengar kalau nak masuk ukm kena cgpa 3.90 dan ke atas. Tapi rezeki Allah siapa yang tahu kan :)

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya tentang diri saya :) Have a nice day!