Friday, 25 September 2015

Introduction session?




Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas setakat ni :)
Lama sangat dah tak tulis kat blog. Pernah ada blog tapi dalam 4 tahun dulu kot? Hihi

Sebenarnya post ni untuk perkenalkan diri.
Nama diberi Nur Hanani binti Mohd Nasir. Alhamdulillah pada 8 Julai haritu dah officially 19 :)
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Anak kampung je hihi. Dibesarkan dalam keluarga sederhana. Masih mempunyai ibu bapa iaitu Mohd Nasir bin Ismail (52 tahun) bekerja sendiri dan Sazilah binti Mohd Yusof (47 tahun) seorang suri rumah. Saya ada 3 orang adik beradik, yang pertama kakak Nurhanis binti Mohd Nasir (24 tahun) yang sedang bekerja, abang Muhamad Hafiz bin Mohd Nasir (21 tahun) yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan  di UiTM Shah Alam ((i'm really glad to have them as my family)) dan saya si bongsu yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (tercintaaaa hihi)

family love

Saya sebelum ni belajar di Kolej Matrikulasi Perlis (the best matriculation ever kot?) sebab kat sanalah matrik yang paling kecil, lecturer semua best (even panggil cikgu) and makanan semua murah-murah. Bayangkan nasi dan ayam cuma RM 2.50 je. Mana nak jumpa dah sekarang ni kan. Hahaha. Kat matrik la saya belajar macam mana cara nak uruskan masa dengan betul. Sebelum ni saya belajar ikut suka hati je tu sebab dapat 3A je masa SPM dulu :p tapi alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya, usaha saya, saya dapatlah cgpa 3.76 sebelum saya masuk ke ukm. Tak sangka sebenarnya saya dapat juga masuk ukm sebab daripada apa yang saya dengar kalau nak masuk ukm kena cgpa 3.90 dan ke atas. Tapi rezeki Allah siapa yang tahu kan :)

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya tentang diri saya :) Have a nice day!

No comments:

Post a Comment