Sunday, 27 September 2015

O B S E S !



Assalamualaikum, Hi! So harini nak share something about O B S E S! Haaaaa apa yang korang faham tentang obses ni? Apa yang nani boleh terangkan. Obses ni ialah apabila kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu. Obses ni bagi nani seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.

Obses ni juga kadang2 boleh menjadi penyakit kepada diri kita sendiri tau. Contohnya, seseorang tu terlalu mengagungkan something yang luar dari jangkaan. Bukan ke dia akan cuba untuk mendapatkan benda tu kalau dia memang betul2 obses. Boleh timbul pula penyakit 'gila' nanti. Bahaya ni bahaya.....

Macam dalam kehidupan kita sekarang ni. Teenagers especially girls yang terlalu obses dengan kpop. Yes I admit memang nani pun minat la juga korea tapi dalam certain2 benda je contohnya runningman and drama yang sepatutnya je :p tapi girls nowadays lekat gambar keliling bilik dengan 'oppa' diorang hahahaha bukan nak cakap apa lah kan but kenyataan. Kalau dekat fb ke twitter ke semua penuh dengan gambar 'oppa2' kpop diorang je. But a few of them je la. Not everyone *peace*
Ada kes2 yang terbaru ni, Artis2 kpop datang Malaysia and diorang panggil peminat diorang naik atas pentas, disuruh buat something macam 'berpeluk' dengan diorang and what are their responds? Suka terlampau okay!! Hahaha. Bukan nak kata apa tapi disebabkan terlalu obses yang membuatkan gadis2 sekarang kurang rasa malu (tuju kat diri sendiri jugak) dan maruah pun campak kat mana je kan. Saya bercakap sebagai seorang perempuan :) Kadang2 saya pun suka hati je gelak tak ingat dunia! Hiksss. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri :)

So itu je yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan obses. Jangan terlalu obses ya girls! No heart feelings okay :)
Annyeong!!

Friday, 25 September 2015

Introduction session?




Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas setakat ni :)
Lama sangat dah tak tulis kat blog. Pernah ada blog tapi dalam 4 tahun dulu kot? Hihi

Sebenarnya post ni untuk perkenalkan diri.
Nama diberi Nur Hanani binti Mohd Nasir. Alhamdulillah pada 8 Julai haritu dah officially 19 :)
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Anak kampung je hihi. Dibesarkan dalam keluarga sederhana. Masih mempunyai ibu bapa iaitu Mohd Nasir bin Ismail (52 tahun) bekerja sendiri dan Sazilah binti Mohd Yusof (47 tahun) seorang suri rumah. Saya ada 3 orang adik beradik, yang pertama kakak Nurhanis binti Mohd Nasir (24 tahun) yang sedang bekerja, abang Muhamad Hafiz bin Mohd Nasir (21 tahun) yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan  di UiTM Shah Alam ((i'm really glad to have them as my family)) dan saya si bongsu yang sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (tercintaaaa hihi)

family love

Saya sebelum ni belajar di Kolej Matrikulasi Perlis (the best matriculation ever kot?) sebab kat sanalah matrik yang paling kecil, lecturer semua best (even panggil cikgu) and makanan semua murah-murah. Bayangkan nasi dan ayam cuma RM 2.50 je. Mana nak jumpa dah sekarang ni kan. Hahaha. Kat matrik la saya belajar macam mana cara nak uruskan masa dengan betul. Sebelum ni saya belajar ikut suka hati je tu sebab dapat 3A je masa SPM dulu :p tapi alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya, usaha saya, saya dapatlah cgpa 3.76 sebelum saya masuk ke ukm. Tak sangka sebenarnya saya dapat juga masuk ukm sebab daripada apa yang saya dengar kalau nak masuk ukm kena cgpa 3.90 dan ke atas. Tapi rezeki Allah siapa yang tahu kan :)

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya tentang diri saya :) Have a nice day!